Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah / HAMKA
(1908 - 1981)
Al-fatihah
keatas Roh Al-Mahrum di atas ilmu dan jasa yang ditinggalkan
semoga Allah mengimpunkannya bersama-sama golongan kekasih Allah..
Amin
Latar Belakang HAMKA
Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau dikenali dengan nama penanya HAMKA. Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Nusantara yang sangat terkenal. Beliau dilahirkan pada tanggal 14 Muharram 1326H bersamaan 17 Febuari 1908 di Nagar Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat. Beliau adalah anak kepada Dr Haji Abdul Karim Bin Amrullah yang juga dikenali sebagai Haji Rasul, seorang ulama terkemuka dan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabu pada tahun 1906, sekembalinya dari Makkah serta merupakan salah seorang bangsa Indonesia terawal yang memperolehi gelaran doktor kehormat dari Universiti Al-Azhar. Manakala ibunya bernama Siti Safiyah Binti Gelanggar atau dikenali dengan gelaran Bagindo nan Batuah serta datuk beliau pula Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh atau dikenali sebagaiTuan Kisa-i adalah ulama tarekat Naqsyabandiyah yang terkenal (Umumnya di wilayah Asia, Bosnia-Herzegovina dan wilayah Dagestan, Russia).
Menurut sejarah pada tahun 1941, bapa beliau pernah dibuang daerah oleh penjajah Belanda ke Sukabumi lantaran fatwa yang beliau keluarkan dianggap membahayakan penjajah dan keselamatan umum.
HAMKA juga diberikan sebutan Buya panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari perkataan abi, abuya dalam bahasa Arab bermaksud ayahku (Seseorang yang dihormati).
HAMKA sewaktu kecilnya dipenuhi dengan gejolak batin kerana di kala itu terjadinya pertentangan yang keras antara kaum adat dan kaum muda tentang pelaksanaan ajaran Islam. Banyak hal-hal yang tidak dibenarkan dalam Islam tetapi diamalkan di dalam kehidupan masyarakat seharian.
Sejarah Pendidikan
Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau hanya setakat gred 2 sahaja. Namun ketika berusia 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib (sekolah fardhu ain) di kampung halamannya Padang Panjang. Di sinilah beliau mempelajari ilmu agama dan memdalami bahasa Arab Dalam tahun 1924, beliau berhijrah ke Jawa sempat berguru dengan pemimpin gerakan Islam Indonesia seperti Haji Omar Said Chakraminoto dan juga lain-lain Ulama seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sultan Mansur, Surjopanoto dan Ki Bagus Hadikusumo.
Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah dan politik serta dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat
menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki
Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal.
Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris dan
Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean
Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan
bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS
Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki
Bagus Hadikusumo disamping mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato
yang handal.
Kerjaya Hidup
Seawal berusia usia 17 tahun beliau telah aktif berdakwah dengan menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul kepada jemaah haji Indonesia. Beliau juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Pada tahun 1925 beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai 1928, beliau diberi kepercayaan mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, beliau mendirikan pusat latihan bagi melatih pendakwah-pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar. Pada tahun 1946, beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah bagi mengantikan S.Y. Sutan Mangkuto. Pada tahun 1950 beliau menyusun kembali pembangunan dalam kongres Muhammadiyah ke 31 di Yogyakarta.
Organisasi Muhammadiyah
Beliau kemudian dipilih sebagai pemimpin pusat Muhammadiyah pada tahun 1953. Pada tahun 26 Julai 1977 Profeser Dr Mukti Ali, Menteri Agama Indonesia pada ketika itu telah melantik beliau sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia ( MUI ) tetapi pada 21 Mei 1981 beliau meletak jawatan berikutan nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.
Kerjaya politik beliau bermula tahun 1925 sewaktu beliau ahli parti politik Sarekat Islam. Paa tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerila di dalam hutan di Medan. Beliau diangkat menjadi anggota Kostituan Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Pada tahun 1960 Masyumi diharamkan oleh pemerintah Indonesia.
Akibat kelantangan beliau bersuara menyebabkan beliau dipecat daripada jawatan Umum Majlis Ulama Indonesia dan dari tahun 1964 sehingga 1966, beliau telah dipenjarakan oleh Presiden Sukarno atas tuduhan pro-Malaysia. Sewaktu di dalam penjara beliau mula menulis Tafsir al-Azhar dan merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, beliau dilantik sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, anggota Majelis Perjalanan Haji dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional bagi Indonesia.
Sarekat Islam
Selain aktif di dalam bidang dakwah keagamaan dan politik, beliau juga
merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an,
beliau menjadi wartawan kepada beberapa buah akhbar seperti Andalas, Seruan
Islam, Bintang Islam dan seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi
editor dan menerbitkan majalah al-mahdi di Makasar, beliau juga pernah menjadi
editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.
Beliau juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti
novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (10 jilid) dan
antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks
sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck,
Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.
Antara karya beliau adalah :
1. Khatibul Ummah, Jilid
1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
2. Si Sabariah. (1928)
3. Pembela Islam (Tarikh
Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
4. Adat Minangkabau dan
agama Islam (1929).
5. Ringkasan tarikh Ummat
Islam (1929).
6. Kepentingan melakukan
tabligh (1929).
7. Hikmat Isra' dan
Mikraj.
8. Arkanul Islam (1932) di
Makassar.
9. Laila Majnun (1932)
Balai Pustaka.
10. Majallah 'Tentera' (4
nomor) 1932, di Makassar.
11. Majallah Al-Mahdi (9
nomor) 1932 di Makassar.
12. Mati mengandung malu
(Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
13. Di Bawah Lindungan
Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
14. Tenggelamnya Kapal Van
Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
15. Di Dalam Lembah
Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
16. Merantau ke Deli
(1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
17. Margaretta Gauthier
(terjemahan) 1940.
18. Tuan Direktur 1939.
19. Dijemput
mamaknya,1939.
20. Keadilan Ilahy 1939.
21. Tashawwuf Modern 1939.
22. Falsafah Hidup 1939.
23. Lembaga Hidup 1940.
24. Lembaga Budi 1940.
25. Majallah 'SEMANGAT
ISLAM' (Zaman Jepun 1943).
26. Majallah 'MENARA'
(Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.
27. Negara Islam (1946).
28. Islam dan
Demokrasi,1946.
29. Revolusi Pikiran,1946.
30. Revolusi Agama,1946.
31. Adat Minangkabau
menghadapi Revolusi,1946.
32. Dibantingkan ombak
masyarakat,1946.
33. Didalam Lembah
cita-cita,1946.
34. Sesudah naskah
Renville,1947.
35. Pidato Pembelaan
Peristiwa Tiga Maret,1947.
36. Menunggu Beduk
berbunyi,1949 di Bukittinggi,Sedang Konperansi Meja Bundar.
37. Ayahku,1950 di
Jakarta.
38. Mandi Cahaya di Tanah
Suci. 1950.
39. Mengembara Dilembah
Nyl. 1950.
40. Ditepi Sungai Dajlah.
1950.
41. Kenangan-kenangan
hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 sampai pd tahun 1950.
42. Kenangan-kenangan
hidup 2.
43. Kenangan-kenangan
hidup 3.
44. Kenangan-kenangan
hidup 4.
45. Sejarah Ummat Islam
Jilid 1,ditulis tahun 1938 diangsur sampai 1950.
46. Sejarah Ummat Islam
Jilid 2.
47. Sejarah Ummat Islam
Jilid 3.
48. Sejarah Ummat Islam
Jilid 4.
49. Pedoman Mubaligh
Islam,Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.
50. Pribadi,1950.
51. Agama dan
perempuan,1939.
52. Muhammadiyah melalui 3
zaman,1946,di Padang Panjang.
53. 1001 Soal Hidup
(Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat, dibukukan 1950).
54. Pelajaran Agama
Islam,1956.
55. Perkembangan Tashawwuf
dr abad ke abad,1952.
56. Empat bulan di
Amerika,1953 Jilid 1.
57. Empat bulan di Amerika
Jilid 2.
58. Pengaruh ajaran
Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Kairo 1958), utk Doktor Honoris Causa.
59. Soal jawab 1960, disalin dari karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.
60. Dari Perbendaharaan
Lama, 1963 dicetak oleh M. Arbie, Medan; dan 1982 oleh Pustaka Panjimas,
Jakarta.
61. Lembaga Hikmat,1953
oleh Bulan Bintang, Jakarta.
62. Islam dan
Kebatinan,1972; Bulan Bintang.
63. Fakta dan Khayal
Tuanku Rao, 1970.
64. Sayid Jamaluddin
Al-Afhany 1965, Bulan Bintang.
65. Ekspansi Ideologi
(Alghazwul Fikri), 1963, Bulan Bintang.
66. Hak Asasi Manusia
dipandang dari segi Islam 1968.
67. Falsafah Ideologi
Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
68. Keadilan Sosial dalam
Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
69. Cita-cita kenegaraan
dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.
70. Studi Islam 1973,
diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
71. Himpunan
Khutbah-khutbah.
72. Urat Tunggang
Pancasila.
73. Doa-doa Rasulullah
S.A.W,1974.
74. Sejarah Islam di
Sumatera.
75. Bohong di Dunia.
76. Muhammadiyah di
Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
77. Pandangan Hidup
Muslim,1960.
78. Kedudukan perempuan
dalam Islam,1973.
79. [Tafsir Al-Azhar][1]
Juzu' 1-30, ditulis sewaktua beliau dipenjara
Anugerah yang beliau pernah terima :
- Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada 1959M.
- Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada 1960M.
- Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1974M.
Hilangnya sebutir pemata Nusantara
Pada tanggal 24 Julai 1981, beliau telah menghembuskan nafasnya yang
terakhir pada usia 73 tahun dan jasadnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan
Tanah Kusir, Jakarta. Sepanjang hayat beliau, beliau merupakan seorang yang
petah berpidato, berjiwa seni melalui pantun dan syair dalam karyanya serta
seorang yang berani dalam memberi semangat untuk Islam menentang pihak penjajah
Belanda di Indonesia.
Sumber rujukan
5. Tafsir
Al-Azhar, Hamka, 1990



No comments:
Post a Comment