IKLAN

Tuesday, 5 July 2016

Salam Aidil Fitri





تقَبلَ اللهُ منا ومنكم


“Semoga Allah menerima (Amalan) dari kami dan dari kamu”


Menurut huraian ulama' rahimahullah, takbir hari raya - Aidilfitri dan Aidiladha - hukumnya sunat dan lafaznya yang lengkap seperti berikut:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً.
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

Allah Maha Besar,  Allah Maha Besar,  Allah Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah jualah yang Maha Besar,  Allah Maha Besar dan bagi Allah jualah segala pujian. 
Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya, segala puji tertentu bagi Allah tidak terhingga banyaknya, Maha Suci Allah pada tiap-tiap pagi dan petangnya.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah melainkan Dia semata-mata dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Esa, amatlah benar dan tepat janji-Nya, ia telah memenangkan hambanya (Nabi Muhammad s.a.w. ), ia juga telah menguatkan tentera-Nya dan Dialah jua yang telah mengalahkan musuh-musuh Islam yang bergabung dan berbagai-bagai golongan,  tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian. 

Wassalam...



Monday, 4 July 2016

# Ramadhan 30


Assalamualaikum,

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اَلحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَلَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarga dan para sahabat baginda.

Alhamdullilah syukur kepada hadarat Allah SWT yang telah memberi keizinan bagi kita menghirup nafas Ramadhan lagi buat kali terakhir tahun ini tapi entah akan kita diberi lagi peluang untuk merasai lagi bagi Ramadhan di tahun hadapan, entah lusa, entah esok, entah sebentar sahaja lagi Allah akan jemput kita pulang seperti yang telah ditetapkan semenjak empat puluh hari kejadian kita di alam rahim ibu kita semua. 
Sebagaimana hadith Rasulullah :

 عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ : إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ   ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ      أَوْ سَعِيْدٌ.    فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ  الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا                              
[رواه البخاري ومسلم]


Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud r.a. beliau berkata : 
Rasulullah SAW menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan : Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setitis mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setitis darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara : 
menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya. 
Demi Allah yang tidak ada Ilah selain-Nya, sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli surga hingga jarak antara dirinya dan surga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli surga  maka masuklah dia ke dalam surga. 

(Riwayat Bukhori dan Muslim).

Dari itu marilah kita rebut kesempatan yang diberi walaupun di saat-saat terakhir ini kerana kita tidak tahu mana satu amalan walaupun sekecil mana sekali pun yang menyebabkan kita dihumban ke Neraka dan yang mana pula yang menjadi penyelamat kita untuk melayakkan memasuki ke syurga. Apa yang penting bukan permulaan, bukan pertengahan tetapi macamana pengakhiran kepada semua kita. Pasti setiap dari kita setiap selepas akan berdoa dengan permintaan pengakhiran yang baik.


اللَهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (kesudahan yang baik), dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (kesudahan yang buruk).

Semoga Madrash Ramadhan tahun ini telah melatih dan membentuk kita semua menjadi hamba Allah yang lebih baik dari yang sudah-sudah dan Istikamah melakukan amal ibadat.

wassalam






Sunday, 3 July 2016

# Ramadhan 29


Assalamualaikum,

Hari sudah Ramadhan yang ke 29, mungkin ini adalah ramadhan yang terakhir bagi kita bagi kita bagi tahun ini atau yang terakhir untuk kehidupan kita.

Tiada satu bulan pun kita dapat peluang begini di bulan-bulan selain bulan Ramadhan. Tiada satu bulan pun kita dapat selama 24 jam di kira ibadah. Hanya di kala bulan Ramadhan sahaja kita dapatnya tapi adakah kita masih ada peluang untuk bertemu dengan Ramadhan lagi di dalam kehidupan kita.

Ramadhan akan pergi menemuai Allah dengan catitan amalan kita. Semoga Allah menerima segala amal ibadat segala amal ibadat kita  di dalam bulan yang penuh barakah. Tiada lain bulan-bulan yang pergi akan menemuai Allah SWT dan sujud kepadanya sehingga setahun kemudian baru ia kembali semula. Ia pasti akan datang selagi diizinkan Allah tetapi adakah kita masih diberikan lagi peluang bagi kita untuk menemuinya Ramadhan di tahun hadapan.

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري ومسلم)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Sesiapa yang engerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu". 

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan yang disebut di dalam hadith di bawah

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يَبِرَّهُمَا فَمَاتَ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ

Maksudnya: Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) 
Berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. 
Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. 
Maka aku katakan: Amin. 
Dan barangsiapa sempat dengan kedua orang tuanya tetapi tidak berlaku baik kepada meraka. Kemudian dia meninggal maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. 
Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. 
Maka aku katakan: Amin. 
Dan barangsiapa yang disebut kepadanya dan dia tidak berselawat kepadaku, maka dia akan dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. 
Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. 
Maka aku katakan: Amin”.

(Hadith Riwayat Ibn Hibban)

تقَبلَ اللهُ منا ومنكم

“Semoga Allah menerima (Amalan) dari kami dan dari kamu”

Wassalam,

SulaimanMJ

Saturday, 2 July 2016

# Ramadhan 28


Assalamualaikum,

Kepada yang akan mulakan atau dalam perjalanan pulang ke kampung diucapkan semoga selamat dan dipermudahkan serta dilindung oleh Allah swt sepanjang perjalanan, semasa dan juga sewaktu pulang kembali..

Semoga bertemu dengan orang-orang di rindui serta kepulangan anda akan menambahkan lagi keceria dan kebahagia bagi orang yang setia menunggu..

Wassalam..

Wednesday, 29 June 2016

# Ramadhan 25


BUYA HAMKA Mutiara Nusantara


Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah / HAMKA 
(1908 - 1981)

Al-fatihah 
keatas Roh Al-Mahrum di atas ilmu dan jasa yang ditinggalkan
semoga Allah mengimpunkannya bersama-sama golongan kekasih Allah..
Amin

Latar Belakang HAMKA

Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau dikenali dengan nama penanya HAMKA. Beliau adalah seorang ulama, aktivis politik dan penulis Nusantara yang sangat terkenal. Beliau dilahirkan pada tanggal 14 Muharram 1326H bersamaan 17 Febuari 1908 di Nagar Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat. Beliau adalah anak kepada Dr Haji Abdul Karim Bin Amrullah yang juga dikenali sebagai Haji Rasul, seorang ulama terkemuka dan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabu pada tahun 1906, sekembalinya dari Makkah serta merupakan salah seorang bangsa Indonesia terawal yang memperolehi gelaran doktor kehormat dari Universiti Al-Azhar. Manakala ibunya bernama Siti Safiyah Binti Gelanggar atau dikenali dengan gelaran Bagindo nan Batuah serta datuk beliau pula Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh atau dikenali sebagaiTuan Kisa-i adalah ulama tarekat Naqsyabandiyah yang terkenal (Umumnya di wilayah Asia, Bosnia-Herzegovina dan wilayah Dagestan, Russia).

Menurut sejarah pada tahun 1941, bapa beliau pernah dibuang daerah oleh penjajah Belanda ke Sukabumi lantaran fatwa yang beliau keluarkan dianggap membahayakan penjajah dan keselamatan umum.

HAMKA juga diberikan sebutan Buya panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari perkataan abi, abuya dalam bahasa Arab bermaksud ayahku (Seseorang yang dihormati).
HAMKA sewaktu kecilnya dipenuhi dengan gejolak batin kerana di kala itu terjadinya pertentangan yang keras antara kaum adat dan kaum muda tentang pelaksanaan ajaran Islam. Banyak hal-hal yang tidak dibenarkan dalam Islam tetapi diamalkan di dalam kehidupan masyarakat seharian.



Sejarah Pendidikan


Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Maninjau hanya setakat gred 2 sahaja. Namun ketika berusia 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib (sekolah fardhu ain) di kampung halamannya Padang Panjang. Di sinilah beliau mempelajari ilmu agama dan memdalami bahasa Arab Dalam tahun 1924, beliau berhijrah ke Jawa sempat berguru dengan pemimpin gerakan Islam Indonesia seperti Haji Omar Said Chakraminoto dan juga lain-lain Ulama seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sultan Mansur, Surjopanoto dan Ki Bagus Hadikusumo.

Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah dan politik serta dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo disamping mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.


Kerjaya Hidup

Seawal berusia usia 17 tahun beliau telah aktif berdakwah dengan menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul kepada jemaah haji Indonesia. Beliau juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Pada tahun 1925 beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang. Mulai 1928, beliau diberi kepercayaan mengetuai cabang Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, beliau mendirikan pusat latihan bagi melatih pendakwah-pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah  di Makassar. Pada tahun 1946, beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah bagi mengantikan S.Y. Sutan Mangkuto. Pada tahun 1950 beliau menyusun kembali pembangunan dalam kongres Muhammadiyah ke 31 di Yogyakarta.



Organisasi Muhammadiyah

Beliau kemudian dipilih sebagai pemimpin pusat Muhammadiyah pada tahun 1953. Pada tahun 26 Julai 1977 Profeser Dr Mukti Ali, Menteri Agama Indonesia pada ketika itu telah melantik beliau sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia ( MUI ) tetapi pada 21 Mei 1981 beliau meletak jawatan berikutan nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia. 

Kerjaya politik beliau bermula tahun 1925 sewaktu beliau ahli parti politik Sarekat Islam. Paa tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerila di dalam hutan di Medan. Beliau diangkat menjadi anggota Kostituan Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955. Pada tahun 1960  Masyumi diharamkan oleh pemerintah Indonesia.

Akibat kelantangan beliau bersuara menyebabkan beliau dipecat daripada jawatan Umum Majlis Ulama Indonesia dan dari tahun 1964 sehingga 1966, beliau telah dipenjarakan oleh Presiden Sukarno atas tuduhan pro-Malaysia. Sewaktu di dalam penjara beliau mula menulis Tafsir al-Azhar dan merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, beliau dilantik sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, anggota Majelis Perjalanan Haji dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional bagi Indonesia.

Sarekat Islam

Selain aktif di dalam bidang dakwah keagamaan dan politik, beliau juga merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, beliau menjadi wartawan kepada beberapa buah akhbar seperti Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-mahdi di Makasar, beliau juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Beliau juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (10 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli. 


Antara karya beliau adalah :

1. Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
2. Si Sabariah. (1928)
3. Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
4. Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).
5. Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
6. Kepentingan melakukan tabligh (1929).
7. Hikmat Isra' dan Mikraj.
8. Arkanul Islam (1932) di Makassar.
9. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
10. Majallah 'Tentera' (4 nomor) 1932, di Makassar.
11. Majallah Al-Mahdi (9 nomor) 1932 di Makassar.
12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
13. Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
15. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
16. Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
17. Margaretta Gauthier (terjemahan) 1940.
18. Tuan Direktur 1939.
19. Dijemput mamaknya,1939.
20. Keadilan Ilahy 1939. 21. Tashawwuf Modern 1939.
22. Falsafah Hidup 1939.
23. Lembaga Hidup 1940.
24. Lembaga Budi 1940.
25. Majallah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepun 1943).
26. Majallah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.
27. Negara Islam (1946).
28. Islam dan Demokrasi,1946.
29. Revolusi Pikiran,1946.
30. Revolusi Agama,1946.
31. Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.
32. Dibantingkan ombak masyarakat,1946.
33. Didalam Lembah cita-cita,1946.
34. Sesudah naskah Renville,1947.
35. Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.
36. Menunggu Beduk berbunyi,1949 di Bukittinggi,Sedang Konperansi Meja Bundar.
37. Ayahku,1950 di Jakarta.
38. Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.
39. Mengembara Dilembah Nyl. 1950.
40. Ditepi Sungai Dajlah. 1950.
41. Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 sampai pd tahun 1950.
42. Kenangan-kenangan hidup 2.
43. Kenangan-kenangan hidup 3.
44. Kenangan-kenangan hidup 4.
45. Sejarah Ummat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938 diangsur sampai 1950.
46. Sejarah Ummat Islam Jilid 2.
47. Sejarah Ummat Islam Jilid 3.
48. Sejarah Ummat Islam Jilid 4.
49. Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.
50. Pribadi,1950.
51. Agama dan perempuan,1939.
52. Muhammadiyah melalui 3 zaman,1946,di Padang Panjang.
53. 1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat, dibukukan 1950).
54. Pelajaran Agama Islam,1956.
55. Perkembangan Tashawwuf dr abad ke abad,1952.
56. Empat bulan di Amerika,1953 Jilid 1.
57. Empat bulan di Amerika Jilid 2.
58. Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Kairo 1958), utk Doktor Honoris Causa. 
59. Soal jawab 1960, disalin dari karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.
60. Dari Perbendaharaan Lama, 1963 dicetak oleh M. Arbie, Medan; dan 1982 oleh Pustaka Panjimas, Jakarta.
61. Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang, Jakarta.
62. Islam dan Kebatinan,1972; Bulan Bintang.
63. Fakta dan Khayal Tuanku Rao, 1970.
64. Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965, Bulan Bintang.
65. Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri), 1963, Bulan Bintang.
66. Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.
67. Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
68. Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
69. Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.
70. Studi Islam 1973, diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
71. Himpunan Khutbah-khutbah.
72. Urat Tunggang Pancasila.
73. Doa-doa Rasulullah S.A.W,1974.
74. Sejarah Islam di Sumatera.
75. Bohong di Dunia.
76. Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
77. Pandangan Hidup Muslim,1960.
78. Kedudukan perempuan dalam Islam,1973.
79. [Tafsir Al-Azhar][1] Juzu' 1-30, ditulis sewaktua beliau dipenjara 

Anugerah yang beliau pernah terima :
  • Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada 1959M.
  • Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada 1960M.
  • Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1974M.

Hilangnya sebutir pemata Nusantara

Pada tanggal 24 Julai 1981, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 73 tahun dan jasadnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Tanah Kusir, Jakarta. Sepanjang hayat beliau, beliau merupakan seorang yang petah berpidato, berjiwa seni melalui pantun dan syair dalam karyanya serta seorang yang berani dalam memberi semangat untuk Islam menentang pihak penjajah Belanda di Indonesia.

Sumber rujukan
5. Tafsir Al-Azhar, Hamka, 1990




Monday, 27 June 2016

# Ramadhan 23


Assalammualaikum..

Yakni perbuatan menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya adalah digalakkan oleh 
Islam dan peraturan ini sayugialah dipatuhi, supaya mendapat pahala yang dijanjikan.

_________________________

1. Kitab yang sama (7:207).

Sunday, 26 June 2016

# Ramadhan 22


Assalammualaikum semua,

Usia ramadhan semakin di penghujungnya.. ia akan pergi menghadap ilahi dengan membawa segala catitan amalan kita di bulan ini.

Entah tidak tahu samada kita ini tergolong dalam golongan yang diterima amalannya atau orang-orang yang Rasulullah SAW kata berpuasa tetapi mendapat lapar dan dahaga saja (Puasa dengan sia-sia sahaja).

Sekian..

Saturday, 25 June 2016

Monday, 20 June 2016

Good Judgment

# Ramadhan 16


Hikmah Menyegerakan Berbuka Puasa

uraian Hadith :
  1. Orang yang berpuasa disunatkan bersegera berbuka setelah diyakini masuk waktu maghrib, sebaliknya, makruh jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa ada keuzuran syarie.
  2. Hukum sunat disegerakan berbuka puasa ini, tentulah mempunyai hikmah yang tertentu, antaranya ialah supaya orang yang berpuasa dapat bersegera menunaikan ibadah lain seperti sembahyang maghrib, membaca al-Qur’an dan sebagainya.

Saturday, 18 June 2016

# Ramadhan 14



Huraian Hadith: 

  1. Disunatkan makan sahur bagi orang yang hendak berpuasa sama ada puasa wajib atau pun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja makanan atau pun minuman.
  2. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa bagi seseorang.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Thursday, 16 June 2016

# Ramadhan 12



Sudah masuk pun Ramadhan yang ke 12... Usia Ramadhan semakin pendek.
Masa yang pantas atau kita yang leka ?

Memberi Pertolongan Kepada Sahabat


Huraian : 
  1. Rasulullah SAW sangat bertawadhuk dan mengambil berat dengan keadaan  para sahabatnya dan juga kepada orang yang lemah dalam semua keadaan.
  2. Islam menuntut kepada setiap orang Islam agar mendoakan kepada saudaranya yang lain supaya beroleh kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.
  3. Seorang ketua hendaklah memeriksa keadaan jemaahnya yang lemah dan memenuhi keperluan mereka.
  4. Sunat berdoa untuk orang yang lemah dan hilang semangat.

Wednesday, 15 June 2016

# Ramadhan 11



Perkongsian, sila beri teguran jika ada kesilapan atau kurang bersetuju

Tuesday, 14 June 2016