Assalamualaikum,
Hari sudah Ramadhan yang ke 29, mungkin
ini adalah ramadhan yang terakhir bagi kita bagi kita bagi tahun ini atau yang
terakhir untuk kehidupan kita.
Tiada satu bulan pun kita dapat peluang
begini di bulan-bulan selain bulan Ramadhan. Tiada satu bulan pun kita dapat
selama 24 jam di kira ibadah. Hanya di kala bulan Ramadhan sahaja kita dapatnya
tapi adakah kita masih ada peluang untuk bertemu dengan Ramadhan lagi di dalam
kehidupan kita.
Ramadhan akan pergi menemuai Allah dengan
catitan amalan kita. Semoga Allah menerima segala amal ibadat segala amal
ibadat kita di dalam bulan yang penuh barakah. Tiada lain bulan-bulan
yang pergi akan menemuai Allah SWT dan sujud kepadanya sehingga setahun
kemudian baru ia kembali semula. Ia pasti akan datang selagi diizinkan Allah
tetapi adakah kita masih diberikan lagi peluang bagi kita untuk menemuinya
Ramadhan di tahun hadapan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا
وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري ومسلم)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya:
"Sesiapa yang engerjakan puasa bulan Ramadhan dengan
keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala,
nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu".
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan yang disebut di
dalam hadith di bawah
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم
صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ
إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ
جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ
فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ
فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ
يَبِرَّهُمَا فَمَاتَ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ
آمِيْنَ وَمَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ
قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ
Maksudnya: Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda:
“Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah,
apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu
dia (Jibril)
Berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi
tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta
dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT.
Katakanlah (wahai Muhammad): Amin.
Maka aku katakan: Amin.
Dan barangsiapa sempat dengan kedua orang tuanya tetapi tidak
berlaku baik kepada meraka. Kemudian dia meninggal maka dia akan dimasukkan ke
dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT.
Katakanlah (wahai Muhammad): Amin.
Maka aku katakan: Amin.
Dan barangsiapa yang disebut kepadanya dan dia tidak berselawat
kepadaku, maka dia akan dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT.
Katakanlah (wahai Muhammad): Amin.
Maka aku katakan: Amin”.
(Hadith Riwayat Ibn Hibban)
تقَبلَ اللهُ منا ومنكم
“Semoga Allah menerima (Amalan) dari kami
dan dari kamu”
Wassalam,
SulaimanMJ

No comments:
Post a Comment